Monday, November 22, 2010

#1

Tangan kiri terlekat sebuah jam tangan TAG heuer aquaracer yang mana jarumnya tepat menunjukkan pukul 10:00 malam, sedang asyik melayari internet aku berhenti seketika dan menyedari hari semakin lewat. Jaket adidas herringbone yang pakcikku belikan semalam ku sentap dan terus mendapatkan kunci kereta yang diletakkan diatas meja bacaan dalam "home office" bapaku. Pagar luar rumah dibuka luas dan aku terus menghidupkan enjin kereta. Perlahan saja kereta itu ku undur, tiba-tiba seekor kucing hitam melintas di belakang kerata yang ku pandu dan hampir-hampir saja menjadikan aku seorang pembunuh, walaupun mungkin ramai beranggapan yang aku bakal langgar hanyalah seekor kucing tapi bagiku ia tetap makhluk tuhan yang bernyawa, nasib baik sempat aku menekan brek pada kaki yang membuatkan kereta yang dipandu berhenti serta-merta.

***

Meter kelajuan menunjukkan angka 80km/j, di mana aku rasa kadar pemanduanku agak perlahan dan tidaklah begitu membahayakan.Jalan yang ku lalui agak berlubang-lubang dan jika dinilai, kawasan tempat tinggalku tidaklah seindah mana, lebih-lebih lagi pada waktu malam, malah lebih menakutkan, dengan tiadanya cahaya terang yang membolehkan mata ini melihat jelas. Sesetengah lampu jalan ada yang berkelip-kelip menunjukkan keuzuran mereka, sakit mataku melihat pemandangan yang sebegitu rupa, janji manis pemeritah terus bermain di benak fikiranku, "mengapa janji sekadar janji!".

***

Kereta yang ku pandu berhenti tepat di depan rumah yang bernombor 14 di tengah-tengah pekan Telok Panglima. Kalau dulunya tempat ini diceritakan oleh orang-orang kampung terkenal dengan pergaduhan kaum sehingga melibatkan kira-kira 69 kematian. Pergaduhan itu turut melibatkan penggunaan ilmu-ilmu hitam yang kesan penggunaannya sampai terasa hingga ke hari ini, kadang-kala naik meremang bulu tengkukku memikirkan tentang cerita itu. "Amar! oh, Amar!", jeritku dengan nada yang agak perlahan, takut pula mengganggu jiran-jiran yang lain. Muammar afi adalah antara teman-temanku yang paling aku percaya, dia tidak pernah lagi menghampakan aku dalam soal kepercayaan. Tujuanku perjumpa dengannya malam ini adalah untuk mengajaknya "hanging out" atau dalam bahasa yang biasa orang kita guna iaitu "lepak".

***

bersambung...

No comments:

Post a Comment