Friday, November 26, 2010

Lihat lah Fikir lah




ku lihat ku fikir,
apakah dunia sebulat disangka,
ku lihat ku fikir,
mengapa aku dicipta,
ku lihat ku fikir,
kemana pula diri dibawa,
ku lihat ku fikir,
siapakah aku yang sebenarnya.


melihat berfikir mencari jawapan,
tidaklah sebesar mana dunia,
bukan suka-suka dicipta,
akal ada menjadi pelita,
aku tetap aku bukannya dia.


hembuskan hampa,
jangan lagi lemas,
biar masa tentu aku siapa, 
yang lepas biar dilepas.


Tuesday, November 23, 2010

#2

Restoran Kasih Sayang menjadi tempat untuk memenuhi keperluan lepak kami, tempatnya tidaklah begitu besar dan tidak juga kecil, sederhana sahaja. "Mak!, burger ayam double special satu dengan teh O' ais," kata amar kepada seorang perempuan yang kelihatan masih muda, sepertinya dia tidak layak menerima panggilan "mak". Aku juga turut meminta pesanan makanan dan minuman yang sama. "Siap jang, siap!", balas perempuan itu dengan nada percakapan orang minang, sememangnya dia berketurunan minang yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan sebelum berpindah ke selangor selepas kematian suaminya. Walaupun kelihatan masih muda, perempuan itu sebenarnya sudah pun menjangkau umur 40 tahun. Kisah kematian suaminya akibat dari kemalangan jalanraya 15 tahun lepas menjadikan kami agak kasihan terhadapnya yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak sendirian. Dia sememangnya mesra dengan kami kerana kami boleh dikatakan selalu juga melepak di restorannya itu, sejak dari dia berniaga di warung dan belum lagi ada restoran.

***

bersambung...

Monday, November 22, 2010

#1

Tangan kiri terlekat sebuah jam tangan TAG heuer aquaracer yang mana jarumnya tepat menunjukkan pukul 10:00 malam, sedang asyik melayari internet aku berhenti seketika dan menyedari hari semakin lewat. Jaket adidas herringbone yang pakcikku belikan semalam ku sentap dan terus mendapatkan kunci kereta yang diletakkan diatas meja bacaan dalam "home office" bapaku. Pagar luar rumah dibuka luas dan aku terus menghidupkan enjin kereta. Perlahan saja kereta itu ku undur, tiba-tiba seekor kucing hitam melintas di belakang kerata yang ku pandu dan hampir-hampir saja menjadikan aku seorang pembunuh, walaupun mungkin ramai beranggapan yang aku bakal langgar hanyalah seekor kucing tapi bagiku ia tetap makhluk tuhan yang bernyawa, nasib baik sempat aku menekan brek pada kaki yang membuatkan kereta yang dipandu berhenti serta-merta.

***

Meter kelajuan menunjukkan angka 80km/j, di mana aku rasa kadar pemanduanku agak perlahan dan tidaklah begitu membahayakan.Jalan yang ku lalui agak berlubang-lubang dan jika dinilai, kawasan tempat tinggalku tidaklah seindah mana, lebih-lebih lagi pada waktu malam, malah lebih menakutkan, dengan tiadanya cahaya terang yang membolehkan mata ini melihat jelas. Sesetengah lampu jalan ada yang berkelip-kelip menunjukkan keuzuran mereka, sakit mataku melihat pemandangan yang sebegitu rupa, janji manis pemeritah terus bermain di benak fikiranku, "mengapa janji sekadar janji!".

***

Kereta yang ku pandu berhenti tepat di depan rumah yang bernombor 14 di tengah-tengah pekan Telok Panglima. Kalau dulunya tempat ini diceritakan oleh orang-orang kampung terkenal dengan pergaduhan kaum sehingga melibatkan kira-kira 69 kematian. Pergaduhan itu turut melibatkan penggunaan ilmu-ilmu hitam yang kesan penggunaannya sampai terasa hingga ke hari ini, kadang-kala naik meremang bulu tengkukku memikirkan tentang cerita itu. "Amar! oh, Amar!", jeritku dengan nada yang agak perlahan, takut pula mengganggu jiran-jiran yang lain. Muammar afi adalah antara teman-temanku yang paling aku percaya, dia tidak pernah lagi menghampakan aku dalam soal kepercayaan. Tujuanku perjumpa dengannya malam ini adalah untuk mengajaknya "hanging out" atau dalam bahasa yang biasa orang kita guna iaitu "lepak".

***

bersambung...

Dengar Suara




Dinding melihat bersama siling memerhati
lama mereka begitu tetap juga aku buntu
memikirkan apa yang harus ku buat dengan suara - suara
yang sering kali terdengar kata yang dusta
 biarkan saja tidak memadai
kerana diam bukan teman yang baik
kepada suara-suara yang tidak pernah
mengenali erti kebenaran yang hakiki
kepercayaan bukan pada lidah
tapi pada hati berakar
yang boleh membelit nilai kejujuran
sebaik hidup dan matinya insan.

Saturday, November 13, 2010

Kenapa ?

Sign In : 11:56 pm / 13 November 2010


blur gile, kenapa haa..?


Sign Out : 12:00 pm / 14 November 2010

Friday, November 12, 2010

Lyric - Ayah by Mr. Pian





Rindu aku pada dirimu
bila jauh dan tak bertemu
kau ku sanjung, kau idolaku
kaulah warna dalam hidupku

ayah
maafkanlah aku
andai aku
menyakiti dirimu
ayah
aku sayang padamu
kau lah inspirasi
dalam hidupku

sejak dari aku dilahirkan
kau di sampingku dan terus begitu
segala tindakanmu ku persoalkan
walhal untuk kebaikanku

ayah
maafkanlah aku
andai aku
menyakiti dirimu
ayah
aku sayang padamu
kau lah inspirasi
dalam hidupku

ehehe

hye !

 
err.. uMm..




hye ! 



heheh..








Name : MR. Pian
Sex: Male
Age: 20
D.O.B.: 23 November 1990

Relationship Status: Single

Face: Chubby's

Material Property: None Available



PANAS !!!

 
 
Hari itu terasa panas,
panas dari dalam jiwaku,
Menusuk-nusuk hati suruh dilepaskan,
Tapi aku tahan..
Tahan dari segala amarah,
Hinggakan darahku menggelegak,

Orang tua itu bersuara lantang,
Bengis diwajahnya jelas terpancar,
Mengelatar seluruh tubuhku,
Bukan kerana takut..
Tapi menahan buas mudaku dari terlepas,

Andai aku mengikut hati,
Pasti sakit orang tua itu aku kerjakan,
Tapi aku sabar..
Mengapa?!
Mungkin kerana aku yang bersalah atau kerana memang aku bersalah?!.

Abang



Sejak mengenal dunia,
kau rakanku,
sejak mengenal ilmu,
kau guruku,
sejak aku terluka,
kau pelindungku,

tapi,

bila berkelahi,
kau musuhku,
bila bersaing,
kau buruanku,
bila diutamakan,
kau kebencianku,

namun,

kini ku sedar,
bila berjauhan kau yang aku rindu,
bila kesusahan kau yang aku perlu,
segala yang kau lakukan terbaik buatku,
kerana hanya engkaulah abangku.

Berhenti Makan






senyum sinis jadi ukiran wajahku
setiap kali melihat gelak tawa mereka
yang gembira meneguk pitih kotor
hingga perut buncit ke anak cicit
sendat dengan dusta menjadi dosa
sampai bila baru kan berhenti
mereka semua cuma orang cakap kosong
tanam janji tepi bibir dalam hati hitam
tipu sana tipu sini membuat kita makan janji
yang kenyang mereka menjamah dosa
sedarkanlah akal arahkan tubuh
agar tidak lagi memasak subahat.

Thursday, November 4, 2010

Kawan ke Akhir





Gelak tawa membunuh sunyi membawa jiwa terbang jauh
Sampaikan tidak terasa beku semua jadi kenangan
Andai dapat diulang masa itu
Seronok bukan?
Kawan-kawan,
Ingin aku putar kembali
Biar hari ini jadi semalam
Biar semalam jadi kelmarin
Dan biar kelmarin jadi milik kita
Tapi tak mungkin bukan?
Sungguh sayang,
Semuanya hanya debu angan yang lesap ditiup waktu
Namun aku tetap mengharap tali yang kita pegang tidak akan putus
Walau dipotong pedang hasutan atau dibakar api dengki
Tetap kekal kita bersama hingga ke noktah akhir dunia.

Hutan Perindu





Senyap sunyi hutan perindu
Jauh di hujung hati
Terpancar satu rasa
Suka?! Benci?!
Yang mana satu?
Pegang aku pada suka
Burukkah padahnya?
Genggam pula pada benci
Apa kesudahannya?
Lihat di atas awan yang biru
Lihat di bawah rumput yang hijau
Damai aku pada duanya
Di depanku burung yang merdu
Di belakangku sungai yang jernih
Mana satu harusku tuju..
Kadang hidup sukar bernafas
Lemas dalam dakapan sendiri
Biarlah aku terus melangkah
Walau terluka memakai cinta

Cinta Kau Benci












Argh!!!
Cilaka kau kata
Aku yang kena
Dari dulu sukar aku percaya
Kau curi habis ruang hatiku
Kini kau kata benci?!
Dasar apa yang engkau pegang
Barang curi engkau pulangkan
Setelah puas engkau ratah
Setelah mataku kau butakan
Masih lenakah kau bermimpi?!
Ingatlah kata orang tua
jangan bermain dengan api
Nanti akan membakar diri
Hari ini kau selamat
Esok lusa siapa yang tahu.

Ayah Ibu Maafkan Aku







Dari pertama kali mata terbuka
Dari setapak kaki melangkah
Dari sepatah bibir berbicara
Dari kecil hingga dewasa
Kaulah ayah ibuku

Setiap hari menjaga mengawal keselamatanku
Luka aku kau ubatkan
Tangis aku kau pujukkan
Gembira aku kau temankan
Semua untukku kau lakukan

Namun..
Bagaimana baru aku dapat membalas jasa
Segala keperitan pengorbanan kau simpan seorang
Sakit hatimu tidak pernah kedengaran
Selalu senyummu disisiku

jika terluka hati mu
jika menitik air mata mu
jika kau runsing keranaku
maafkanlah aku...
ayah, ibu..
maafkan aku.