To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,
Creeps in this petty pace from day to day,
To the last syllable of recorded time;
And all our yesterdays have lighted fools
The way to dusty death. Out, out, brief candle!
Life's but a walking shadow, a poor player,
That struts and frets his hour upon the stage,
And then is heard no more. It is a tale
Told by an idiot, full of sound and fury,
Signifying nothing.
Tuesday, February 21, 2012
Tomorrow, and tomorrow, and tomorrow by Shakespeare
Happy deep shit birthday My Blog :)
dah bape tahun la sial blog aku ni, tapi tak penah sambut besday dia. Sorry la ye blog, kau dan aku kite berdua je dalam dunia maya ni. Takde orang pun nak tengok kau, aku je la yang setia tak lupe-lupekan kau sampai hari ni. Tapi aku tak ingat la hari jadi kau bile, lantaklah, sambut je lah kan. Kite sambut biase-biase je.
HAPPY BIRTHDAY blogku!!! semoga adalah orang nak tengok kau selain aku.
HAPPY BIRTHDAY blogku!!! semoga adalah orang nak tengok kau selain aku.
Menunggu
Lamanya menunggumu terasa sekilas angin lalu,
setahun dua bukan masa yang ku kira,
menunggumu bagai menunggu bulan jatuh ke riba,
masakan itu mungkin akan terjadi,
namun tetap aku duduk menunggumu,
tak pernah sekali aku bosan,
ditemankan harapan yang sentiasa bersama.
Bila tiba hari itu,
aku berlari diatas pelangi,
menjerit pada bulan dan bintang,
katakan yang aku sudah berjaya,
tawamu menghiburkan hatiku,
senyummu ku rasa bahagia,
betapa girangnya ku rasa dunia.
Tapi rupanya bukan benar,
bagaikan mimpi datang dan pergi,
indah cuma illusi maya,
aku bukan siapa-siapa bagimu,
bukan kasih bukan sayang,
juga cinta jauh sekali,
tidak mengapa,
mungkin ku tersilap kira,
masa yang berlalu sudah berapa lama,
mungkin cerita kita belum bermula,
hanya khayal ku yang sudah jauh ke sana,
mungkin masih belum cukup waktunya ku menunggu,
tunggulah sehingga tamat noktah.
Tuesday, February 22, 2011
Mulakan satu permulaan
Mulakan satu permulaan,
mulakan seperti yang kita mahukan,
lupakan benci, marah, dan dengki.
ingatkan sayang, cinta, dan kasih,
kearah masa depan yang tak kebelakang,
semua pun tahu bahawa dunia sementara,
jadi ingat-ingatkan dengan ingatan,
biarkan penamat datang sendiri,
jangan dijemput ke dalam diri.
" Permainan Seni Sementara Bersama Mr. Pian PhotoCote "
" Permainan Seni Sementara Bersama Mr. Pian PhotoCote "
Friday, November 26, 2010
Lihat lah Fikir lah
ku lihat ku fikir,
apakah dunia sebulat disangka,
ku lihat ku fikir,
mengapa aku dicipta,
ku lihat ku fikir,
kemana pula diri dibawa,
ku lihat ku fikir,
siapakah aku yang sebenarnya.
melihat berfikir mencari jawapan,
tidaklah sebesar mana dunia,
bukan suka-suka dicipta,
akal ada menjadi pelita,
aku tetap aku bukannya dia.
hembuskan hampa,
jangan lagi lemas,
biar masa tentu aku siapa,
yang lepas biar dilepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)